TERMA & SYARAT

Terma & Syarat :
--------------------------------------
1. Harga Produk :

a- Untuk makluman harga produk telah mengambil kira sales tax (US) + ground shipping (US) + international shipping (US) + Pos Laju (Malaysia) + custom tax (Malaysia) 
b- Harga produk boleh mark up oleh pihak kami, bergantung kepada kehendak pelanggan atau harga pasaran.

2- Penghantaran COACH dari USA adalah mengikut kategori di bawah :

a- Ready Stock di Malaysia (1-2 hari bekerja selepas bayaran penuh dijelaskan)
b- Pre-Order (3-4 minggu ke atas setelah bayaran penuh diterima)
c- Ready Stock di US (1-2 minggu bekerja selepas bayaran penuh diterima)
d- 48 Hour Online Sale : 3-4 minggu setelah bayaran penuh diterima

Setelah tempahan produk dibuat, produk Coach akan sampai ke alamat pembekal di US dalam masa 6-7 hari bekerja. Semakan akan di buat terlebih dahulu sebelum dihantar ke Malaysia bagi mengelakkan berlaku kerosakan dan sebagainya. Penghantaran ke Malaysia akan dibuat melalui USPS/EMS dan akan sampai dalam masa seminggu di kastam. Seterusnya pihak poslaju kastam akan menghantar notis sekiranya perlu menjelaskan bayaran cukai dan urusan di kastam pula biasanya mengambil masa 1 minggu. Semua proses ini mengambil masa yang lama dan dijangkakan dalam 3-4 minggu barulah sampai ke tangan pelanggan.

3- Penghantaran COACH dan produk-produk berkaitan dari Gombak ke alamat pelanggan :
Penghantaran hanya akan dibuat 2 KALI SEMINGGU iaitu Hari Selasa dan Jumaat sahaja. Oleh itu, sila pastikan anda bayar segera apabila parcel sudah sampai di Kastam bagi mempercepatkan proses penghantaran dibuat apabila semuanya telah selamat tiba di Gombak.

4- Pembatalan tempahan :
 Sekiranya deposit telah dijelaskan namun pelanggan membatalkan tempahan, deposit tidak akan dikembalikan KECUALI stok habis atau TUKAR barang atau tempahan yang baru. Tempoh untuk pelanggan menjelaskan baki bayaran adalah 6 bulan dari tarikh tempahan atau bayaran deposit dibuat. Sekiranya melebihi 6 bulan, dianggap pelanggan TIDAK LAGI berminat dan deposit dikira hangus.

5- Semua produk akan dilindungi insuran, dengan kadar bayaran tambahan dikenakan atas persetujuan pelanggan. Sila maklumkan jika anda ingin produk dilindungi insuran.

6- Sekiranya berlaku kerosakan / kehilangan pihak kami tidak akan menanggung sebarang kerugian. Semua produk yang dihantar dari US telah pembekal semak dengan teliti.

7- Semua pembelian adalah muktamad dan sebarang rayuan untuk refund tidak akan dilayan. Sekiranya anda hendak membuat pertukaran selepas barang tiba di rumah pembekal di US, anda perlu maklumkan dengan kadar segera sekiranya tidak berminat. Ini membolehkan saya menukar atau memulangkan semula produk yang tidak diigini oleh pelanggan. Sekiranya produk telah sampai di Malaysia tiada sebarang jaminan untuk membuat pertukaran malahan kos penghantaran ke US pula atas tanggungan sendiri.

***Sekiranya produk 'SOLD OUT' (Online Sale), pembelian akan dibawa ke SALE seterusnya. Harga adalah tertakluk kepada harga SALE TERBARU... Refund tidak akan dilayan.

8- Bagi penghantaran produk2, akan dibuat ke Malaysia melalui perkhidmatan USPS dan kemudian akan kami proses pula penghantaran ke alamat pelanggan melalui perkhidmatan Pos Malaysia (Pos Laju).

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

INFO : Utk makluman Coach yg 100% original hanya dari Coach.com sahaja dan Coach Factory adalah online reseller yg sah. Tetapi design yang dipasarkan oleh Coach Factory tidak ada di coach.com kerana ianya direka khusus untuk kualiti yang berbeza (dengan kata lain kualiti beg di Coach.com adalah lebih mahal nilainya rata-rata sekitar RM2000++). Di US jika design yg dijual di coach.com hanya boleh diperolehi dari butik coach, manakala design untuk Coach Factory hanya boleh diperolehi dari outlet. tq

2 comments:

  1. Kenapa tak boleh refund? Sedangkn barang itu sold out.. rugilah mcm ni.. korg je yg untung lebih..

    ReplyDelete
  2. Encik Adam, cfo online sale hampir setiap hari. Jika produk sold out, biasanya produk akan ada pada sale seterusnya. T kasih.

    ReplyDelete